Kali ni aku nk cerita sikit tentang jiran sebelah rumah aku iaitu anuar anak kepada pakcik ramli.mak dia pulak aku selalu panggil cik timah ja.full name dia aku taktau pulak.yg aku tau pakcik ramli dgn cik timah keja kt hospital.sebagai apa tu aku tak pasti.nk kata doktor aku tak penah pulak nampak depa pakai kot putih labuh sampai lutut tu.gantung stetoskop kat kt lehiaq(leher) mmg jauh sekali la.cukup rasanya aku ckp pasai depa dua.cerita lebih2 nnt timbul fitnah pulak ye dak.
Aku kawan dgn anuar ramli ni agak lama jugak.sejak depa sefamili pindah mai taman aku ni.masa tu aku rasa aku darjah 6 ataupun baru masuk sekolah menengah.cara kami kenai mmg rare.bila ingat2 blk aku kagum dgn ke-gentle-an bdk anuar ni.1 ptg tu aku dgn member2 sekolah tgh layan main winning eleven kt ps one.masa ni ps one dgn WWF kt tv3 tu mmg tgh naik.tgh kami syok main,aku perasan ada kelibat kt pintu rumah aku.dia tunjuk kepala ja.badan takdak.aku dh mula saspen.aku tgk kiri kanan,member2 aku suma dh lesap taktau p mana.jenis penakut masing2.aku dgn berani suruh kelibat tu masuk dlm rumah.kelibat tu pn boleh tahan eksyen,dia bg salam dan langkah masuk.aku igt lg masa tu dia pakai seluaq pendek bola kaler oren dgn tshirt putih.aku tanya nama dia.dia jawab "anuar.baru pindah masuk rumah sebelah".aku dgn member2 tabik spring kt anuar sbb dia selamba ja mai masuk rumah org.padahai baru sgt pindah td.
Sejak dari tu kami jd member.dia muda setahun dari aku.member2 aku pn jd member dia.member2 dia pn jd member aku.kiranya kami ni mmg member2 la.cuma sekolah ja lain2.boleh kata kami ni membesaq sama2.dari zaman gila main bmx sampai la zaman gila main moto.tp penah sekali kami boikot dia sbb dia terjerumus dlm arena menghidu gam.sempat jugak la dia merasa penampaq kami sorg 6 kali.lps dari tu dia insap dan kembali normal.dia kata dia insap sbb penampaq aku paling kuat.dia hilang deria pendengaran dlm 6 ke 7 bulan jugak la.power tak power la tgn aku ni.
Lps abeh sekolah ramai antara kami dh bawak haluan masing2.ada yg kena pi plkn,ada yg tlg mak menega nasik lemak dan ada jugak yg berani mati kawen lari kt siam.remaja zaman aku mmg rebel.dipendekkan cerita,bdk anuar ni minat nk jd askar.dia pn apply dan dia dpt utk p kursus askar tu.tp lps berapa bulan dia blk rumah.kena reject katanya.start dari tu aku dan member2 dh perasan ada benda yg x kena dgn dia.dia mcm cpt emo,takmau keluaq rumah,suka duduk sorg2.yg paling cemerlang sekali dia kata dia nk p belajaq ilmu agama dgn lebih mendalam.
Lama jugak dia lenyapkan diri.bila dia blk ja kami cpt2 jumpa dia.kali ni dia mmg lain.kalau org tempat aku selalu kata "jadi bukan".dia dh transform.cara dia pakai,cara dia ckp dan mcm2 cara lg.ada antara member2 aku bajet bdk anuar ni dh gila.sbb penah bkn sekali,tp 2,3 kali dia masuk town tak pakai baju sambil libas2 serban ckp dia nk halau setan.skrg lg ekstrim,dia selalu mengamuk kt dpn rumah.dia kata ada byk setan kt situ.maybe setan yg dia maksudkan tu aku dan member2 yg lain.dh merata pakcik ramli bwk dia p berubat,tp still mcm tu jugak.aku sedih bila tgk salah sorg member aku jd mcm tu.taktau apa punca dia.ada kata dia frust kena reject askar.ada yg kata masa kt kem askar,dia kena basuh spenda koperal dia lps tu dia terus hilang pedoman.
Aku buat entri ni bkn sbb aku nk aibkan dia dan keluarga dia.tp aku sedih sebagai member,tgk member aku jd mcm tu.skrg dh takdak sapa berani nk dekat dgn dia,termasuk aku.haihh..mengapa anuar ramli,mengapa??