Monday, December 17

entri manis

Pagi td lebih kurang pukui 330,aku dapat sms dari sorang gadis.ramona nama dia.nice kan?org yg berbudi bahasa macam aku ni mmg buat ramai gadis tak senang duduk.ahakzzz..aku baca sms tu dgn muka paling cool.aku tahan diri takmau senyum.tp penangan gadis ni kuat.aku bajet dia pakai mandrem.aku senyum sampai ke telinga.lps 2,3 sms aku call dia.punk dan rebel mcm mana pn takkan dpt tahan rindu yg terpendam di hati ni.dh lama sgt aku x dgq suara manis dia.dh lama sgt aku x dgq gelak dia.rindu ni Tuhan ja yg tau.aku suka,aku gembira.tp dlm masa sama,aku jugak emo.bkn emo yg rambut tutup mata sebelah lps tu pakai sayap bidadari tu.tp emosional.celaka apa aku buat ayat berbunga mcm ni.

Perbualan kami selama 45 minit tu diselitkan dgn gelak tawa,perbincangan masa depan yg serius dan sedikit adegan airmata dari dia.aku gagah,pasti la takkan menangis.kalau gelak sampai keluaq airmata tu mungkin.ataupun ada habuk masuk mata aku.dia ada bg ayat power kt aku yg berbunyi,"hari2 org igt kt awk".ayat tu buat aku diam.susah nk define apa aku rasa masa tu.semuanya ada.dlm hati aku buat kira2.aku dgn dia dh ada kimia.kami cuma takdak jodoh.tp at least aku tau yg dia still igt kt aku.benda tu rasanya dh cukup utk aku.aku dh usaha utk kekalkan apa yg aku ada dgn dia.aku jugak dh doa.mungkin tak cukup atau mungkin Tuhan ada rancangan lain utk aku dan dia.susah,tp aku tetap terima.ayat aku kali ni bunyi mcm sedih pulak.babi apa abg taf mcm aku guna ayat mcm ni.aku bajet aku patut buat novel cinta,mst laku.oleh sbb dia kena kerja pg,perbualan kami terpaksa dihentikan.

Bila hampa baca entri ni maybe hampa kata aku emo teruk.dan maybe kata lelaki gagah mcm aku ni tak mampu nk move on dgn sorang gadis.tp hampa pernah dak rasa ada 1 benda ni buat hampa suka and pd masa yg sama buat hampa emo.benda yg berat utk hampa buang tp perlukan kekuatan yg paling maksimum utk hampa simpan.kalau tak pernah,jgn nk byk bunyi.aku tendang halkum nnt.bg aku,benda ni memori paling manis aku ada.dan aku takkan dpt kt mana2 or dgn sapa2.bkn dlm waktu skrg n.kalau aku convert ke dlm bentuk buku atau filem,mmg kena tapau la ombak rindu tu.heh.

Saturday, December 8

mengapa anuar ramli,mengapa?

Kali ni aku nk cerita sikit tentang jiran sebelah rumah aku iaitu anuar anak kepada pakcik ramli.mak dia pulak aku selalu panggil cik timah ja.full name dia aku taktau pulak.yg aku tau pakcik ramli dgn cik timah keja kt hospital.sebagai apa tu aku tak pasti.nk kata doktor aku tak penah pulak nampak depa pakai kot putih labuh sampai lutut tu.gantung stetoskop kat kt lehiaq(leher) mmg jauh sekali la.cukup rasanya aku ckp pasai depa dua.cerita lebih2 nnt timbul fitnah pulak ye dak.

Aku kawan dgn anuar ramli ni agak lama jugak.sejak depa sefamili pindah mai taman aku ni.masa tu aku rasa aku darjah 6 ataupun baru masuk sekolah menengah.cara kami kenai mmg rare.bila ingat2 blk aku kagum dgn ke-gentle-an bdk anuar ni.1 ptg tu aku dgn member2 sekolah tgh layan main winning eleven kt ps one.masa ni ps one dgn WWF kt tv3 tu mmg tgh naik.tgh kami syok main,aku perasan ada kelibat kt pintu rumah aku.dia tunjuk kepala ja.badan takdak.aku dh mula saspen.aku tgk kiri kanan,member2 aku suma dh lesap taktau p mana.jenis penakut masing2.aku dgn berani suruh kelibat tu masuk dlm rumah.kelibat tu pn boleh tahan eksyen,dia bg salam dan langkah masuk.aku igt lg masa tu dia pakai seluaq pendek bola kaler oren dgn tshirt putih.aku tanya nama dia.dia jawab "anuar.baru pindah masuk rumah sebelah".aku dgn member2 tabik spring kt anuar sbb dia selamba ja mai masuk rumah org.padahai baru sgt pindah td.

Sejak dari tu kami jd member.dia muda setahun dari aku.member2 aku pn jd member dia.member2 dia pn jd member aku.kiranya kami ni mmg member2 la.cuma sekolah ja lain2.boleh kata kami ni membesaq sama2.dari zaman gila main bmx sampai la zaman gila main moto.tp penah sekali kami boikot dia sbb dia terjerumus dlm arena menghidu gam.sempat jugak la dia merasa penampaq kami sorg 6 kali.lps dari tu dia insap dan kembali normal.dia kata dia insap sbb penampaq aku paling kuat.dia hilang deria pendengaran dlm 6 ke 7 bulan jugak la.power tak power la tgn aku ni.

Lps abeh sekolah ramai antara kami dh bawak haluan masing2.ada yg kena pi plkn,ada yg tlg mak menega nasik lemak dan ada jugak yg berani mati kawen lari kt siam.remaja zaman aku mmg rebel.dipendekkan cerita,bdk anuar ni minat nk jd askar.dia pn apply dan dia dpt utk p kursus askar tu.tp lps berapa bulan dia blk rumah.kena reject katanya.start dari tu aku dan member2 dh perasan ada benda yg x kena dgn dia.dia mcm cpt emo,takmau keluaq rumah,suka duduk sorg2.yg paling cemerlang sekali dia kata dia nk p belajaq ilmu agama dgn lebih mendalam.

Lama jugak dia lenyapkan diri.bila dia blk ja kami cpt2 jumpa dia.kali ni dia mmg lain.kalau org tempat aku selalu kata "jadi bukan".dia dh transform.cara dia pakai,cara dia ckp dan mcm2 cara lg.ada antara member2 aku bajet bdk anuar ni dh gila.sbb penah bkn sekali,tp 2,3 kali dia masuk town tak pakai baju sambil libas2 serban ckp dia nk halau setan.skrg lg ekstrim,dia selalu mengamuk kt dpn rumah.dia kata ada byk setan kt situ.maybe setan yg dia maksudkan tu aku dan member2 yg lain.dh merata pakcik ramli bwk dia p berubat,tp still mcm tu jugak.aku sedih bila tgk salah sorg member aku jd mcm tu.taktau apa punca dia.ada kata dia frust kena reject askar.ada yg kata masa kt kem askar,dia kena basuh spenda koperal dia lps tu dia terus hilang pedoman.

Aku buat entri ni bkn sbb aku nk aibkan dia dan keluarga dia.tp aku sedih sebagai member,tgk member aku jd mcm tu.skrg dh takdak sapa berani nk dekat dgn dia,termasuk aku.haihh..mengapa anuar ramli,mengapa??

Friday, December 7

karlsben kembali

Salam 1Malay

Tajuk utk 1st entri aku mmg cukup saspen kan.aku yg tgh menaip ni pun dh berdebar2.dia punya tahap saspen tu sampai ada gadis2 yg histeria sambil jerit nama penuh aku.tu depa tak tgk aku main futsal lg.kemungkinan besaq boleh jd rusuhan kat tempat futsal tu.cukup utk intro.kalau ikotkan nafsu td,mmg utk intro saja aku nk buat sampai 3 perenggan.tp teringatkan pepatah melayu "org yg tamak selalu rugi",aku tahan nafsu aku tu.

Secara rasminya ni bkn la 1st entri aku.blog ni pun dh wujud seawal tahun lepas lg.tp bila baca balik entri aku yg dulu2 tu aku sendiri rasa loya.yg baca taktau la rasa apa.rasa mcm nk flying kick rusuk sendiri pn ada.tp aku tau bkn senang nk lompat dan terajang diri sendiri.mungkin kena kuasai ilmu persilatan tahap tertinggi dulu.so aku nekad utk delete entri2 lama aku dan start menaip blk dari awal.moga lepas ni ramai gadis2 berdada mantap follow blog aku.

Follower aku tak ramai,mungkin takkan bertambah tp mungkin tiba2 boleh meningkat dgn drastik.kuasa Tuhan kita tak boleh sangkal ye dak.kalau jenis x percaya Tuhan tu belakang cerita la.tp aku nk bagitau kpd pembaca2,yg kt blog ni mungkin hampa akan jumpa perkataan2 yg sukar disebut dan difahami(memandangkan aku berasal dari negeri paling kecik di semenanjung).mungkin jugak akan ada byk post mengenai pasukan bola sepak yg paling unggul iaitu Menyu.

Kalau nk ckp pasai blog faveret aku,mmg byk.dia punya byk tu bagai bintang di angkasa.nampak dia punya byk tu mcm mana?tambah blogger jenis suka bg ayat mkn dalam,lg aku suka.serius.sbb aku rasa ada art dlm penggunaan ayat2 depa.bkn sng woi nk buat ayat mkn dlm ni.peluh jugak la tapak tangan nk susun ayat tu.sedikit sebanyak mungkin gaya aku tulis ni pn terpengaruh dgn blog2 yg aku baca.aku harap tak di label sebagai kaki plagiat.aku masih tercari2 identiti sendiri dalam arena penulisan blog ni.celaka apa aku buat ayat skema mcm ni.

Aku rasa stop takat ni dulu la.babi apa nk taip 1 entri ni pn amek masa 4 jam.kalau masa study aku terapkan sifat gini,konfem tiap2 sem aku kena naik pentas amek hadiah dari dekan.haihh.